Harga Kopi di AS Naik 21 Peratus

Indeks Harga Pengguna yang diumumkan Amerikan Syarikat (AS) pada 11 September menunjukkan harga runcit kopi meningkat hampir 21 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekaligus merupakan kadar peningkatan paling tinggi sejak bulan Oktober 1997.

Menurut laporan CNN pada 12 September, kenaikan harga kopi ini adalah dipengaruhi oleh dasar tarif AS, terutamanya terhadap negara pengeksport utama.

AS selaku pengimport kopi terbesar dunia tidak dapat menanam biji kopi di kebanyakan wilayahnya, menyebabkan lebih 90 peratus bekalan kopi bergantung kepada import, terutamanya dari negara-negara seperti Brazil dan Vietnam.

Brazil selaku pembekal utama kopi kepada AS kini terkesan teruk oleh dasar baharu AS.  

Sejak AS mengenakan tarif tambahan sebanyak 40 peratus terhadap produk dari Brazil bermula Ogos, kebanyakan produk negara itu yang dieksport ke AS dikenakan tarif sehingga 50 peratus. 

Menurut laporan terkini Jawatankuasa Eksport Kopi Brazil, pada bulan Ogos, import kopi AS dari Brazil menurun 46 peratus berbanding tahun lalu, dan menurun 26 peratus berbanding bulan sebelumnya.