Gala Inovasi Teknologi CMG Berlangsung di Shanghai

Gala Inovasi Sains dan Teknologi anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan tempatan bandar Shanghai dilancarkan pada Ahad sempena Forum Inovasi Pujiang.

Acara itu memaparkan pencapaian Shanghai dalam pembangunan pusat inovasi teknologi antarabangsa, dan menceritakan kisah bandar raya itu menerusi penggabungan “teknologi + seni”.

Menurut Indeks Pusat Inovasi Teknologi Antarabangsa 2024 yang dikeluarkan oleh Universiti Tsinghua dan jurnal “Nature”, Shanghai berada di kedudukan ke-7 dalam ranking berkenaan.