China sedia bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) serta mendorong pembinaan sistem tadbir urus sejagat yang lebih adil dan munasabah.
Perdana Menteri China Li Qiang membuat kenyataan itu ketika bertemu Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres di New York pada Rabu.
Li berkata China komited mempertahankan kedudukan dan kewibawaan PBB, dan menyokong semua negara memanfaatkan PBB sebagai platform untuk mengukuhkan dialog dan kerjasama serta mengambil tindakan yang terkoordinasi dan berkesan.
China juga akan terus menyumbang kepada pemeliharaan perdagangan bebas dan globalisasi ekonomi, di samping berkongsi peluang pembangunan dengan negara lain demi kemakmuran bersama.
Sementara itu, Guterres berkata inti pati inisiatif GGI amat serasi dengan nilai dijunjung PBB.
PBB menghargai dan menantikan kerjasama lebih kukuh dengan China, kata beliau sambil menambah bahawa pihaknya komited mendorong pembangunan sejagat, menggerakkan pembaharuan sistem tadbir urus global dan menjaga kepentingan bersama masyarakat antarabangsa.
Tinggalkan Balasan