Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Terus Diadakan di KL

Delegasi China dan Amerika Syarikat (AS) meneruskan rundingan ekonomi dan perdagangan di Kuala Kumpur pada hari Ahad.

Rundingan berkenaan dimulakan di ibu negara Malaysia pada Sabtu.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China sebelum ini menyatakan bahawa delegasi China dan AS akan mengadakan rundingan mengenai isu-isu penting dalam hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala, selaras dengan konsensus penting tercapai pemimpin kedua-dua negara menerusi panggilan telefon pada tahun ini.