Negara-negara yang berkongsi visi sama termasuk Malaysia, dialu-alukan untuk menyertai kerjasama BRICS dan bersama menggerakkan orde antarabangsa ke arah lebih adil dan munasabah.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China Guo Jiakun dalam sidang media pada Selasa, ketika menjawab soalan mengenai penyertaan Malaysia dalam kerjasama BRICS.
Guo berkata BRICS merupakan platform penting bagi negara pasaran baru muncul dan negara membangun, sekali gus menyuntik momentum kuat kepada multipolarisasi dunia dan pendemokrasian hubungan antarabangsa.
Ujar beliau, negara-negara BRICS menghargai hasrat rakan-rakan Selatan Global untuk menyertai kerjasama BRICS.












Tinggalkan Balasan