Sepang: Lelaki warga China yang menyorok tujuh kilogram dadah ketamin dalam bagasi ditahan ketika cuba menyeludup bahan terlarang itu di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan berkata, lelaki terbabit ditahan pada 3.25 petang selepas tiba menaiki pesawat KT175 dari Kemboja.
“Pegawai AKPS yang bertugas di Mesin Pengimbas MPA2 mengesan imej mencurigakan di dalam dua bagasi milik penumpang berkenaan yang baru tiba dari Sihanoukville, Kemboja.
“Hasil pemeriksaan oleh Pasukan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menemui lebih 900 bungkusan kecil disyaki mengandungi dadah jenis ketamin yang disembunyikan di lapisan dalam kedua-dua bagasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
















Tinggalkan Balasan