China akan mempercepat transformasi hijau secara menyeluruh dalam pembangunan sosioekonomi serta mendorong dan mencapai puncak pelepasan karbon bagi memberi sumbangan yang lebih besar kepada usaha menangani perubahan iklim.
Perkara berkenaan dinyatakan Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang dalam Persidangan Pemeterai Ke-30 Konvensyen Kerangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Perubahan Iklim (UNLCCC) di Belem, Brazil pada Khamis.
Menurut Ding, semasa Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Presiden Xi Jinping telah mengisytiharkan sumbangan China pada tahun 2035 yang melibatkan semua aspek ekonomi domestik dan merangkumi semua gas rumah hijau.
Ini termasuk sasaran pengurangan pelepasan dalam jumlah mutlak yang terus memperlihatkan tekad dan usaha China.
Justeru, Ding menyeru semua pihak agar menegakkan amalan multilateralisme yang sebenar, sekali gus mengukuhkan solidariti dan kerjasama bagi memajukan tadbir urus iklim global dengan stabil.
Beliau juga turut mengetengahkan tiga cadangan iaitu pertama, mengambil arah yang tepat, menambahbaikkan hidup rakyat dan tadbir urus iklim, mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi untuk menyejahterakan rakyat di seluruh dunia.
Cadangan kedua pula, mematuhi prinsip tanggungjawab bersama tetapi berbeza, melaksanakan UNCLLL dan Perjanjian Paris secara komprehensif dan berkesan.
Manakala cadangan terakhir, memperdalam keterbukaan dan kerjasama serta memastikan aliran produk hijau berkualiti tinggi secara bebas dan lancar agar memenuhi permintaan pembangunan lestari di peringkat dunia.













Tinggalkan Balasan