Artikel Xi Mengenai Reformasi Diri Parti Diterbitkan dalam Jurnal Qiushi

Artikel Presiden China, Xi Jinping mengenai lima langkah mendorong reformasi diri Parti Komunis China (PKC) diterbitkan dalam edisi terbaharu Jurnal Qiushi pada Isnin.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dalam artikelnya menyatakan reformasi diri merupakan “jawapan kedua” Parti bagi mengelak daripada kitaran sejarah kejatuhan sesebuah kuasa.

Mengulas lanjut Xi berkata disiplin diri merupakan pengalaman penting dalam usaha reformasi PKC pada era baharu.

Hala tuju dan keperluan untuk reformasi adalah jelas, kata Xi di samping menegaskan kepentingan untuk menjamin pelaksanaan yang berkesan.