Netflix Ambil Alih Studio Hollywood Warner Bros Dengan Nilai US$82.7 Bilion

etflixLOS ANGELES, 5 Dis — Gergasi penstriman Netflix mengambil alih studio Hollywood ternama Warner Bros susulan pemisahan unit perniagaan Discovery Global milik Warner pada nilai hampir US$82.7 bilion, umum Netflix pada Jumaat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Perjanjian itu merangkumi studio filem dan televisyen Warner Bros, HBO Max dan HBO, menurut kedua-dua syarikat.

“Misi kami sentiasa untuk menghiburkan dunia,” kata ketua pegawai eksekutif bersama Netflix, Ted Sarandos dalam satu kenyataan.

“Dengan menggabungkan koleksi rancangan dan filem Warner Bros yang luar biasa – daripada karya klasik seperti ‘Casablanca’ dan ‘Citizen Kane’ hingga kegemaran moden seperti ‘Harry Potter’ dan ‘Friends’ – bersama judul ikonik kami seperti ‘Stranger Things’, ‘KPop Demon Hunters’ dan ‘Squid Game’, kami dapat melakukannya dengan lebih baik.

“Bersama-sama, kami boleh memberi penonton lebih banyak pilihan yang mereka gemari dan membantu membentuk abad seterusnya dalam dunia penceritaan,” kata Sarandos.