Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Mengenai Kemboja-Thailand Bermula Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN mengenai situasi terkini antara Kemboja dan Thailand, yang dianjurkan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula pada 12.14 tengah hari di sebuah hotel di sini.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan itu dihadiri 23 menteri luar dan pegawai daripada negara-negara anggota serta Sekretariat ASEAN, termasuk Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn serta Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow menghadiri mesyuarat berkenaan susulan persetujuan yang dicapai oleh Perdana Menteri Malaysia, Kemboja dan Thailand pada 11 Dis lalu.