Kumpulan Media China (CMG) menganjurkan simposium di Beijing pada Selasa sempena ulang tahun ke-85 perkhidmatan penyiaran negara.
Acara itu diserikan dengan kehadiran Naib Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden CMG Shen Haixiong.
Beliau turut menyampaikan ucapan pada simposium tersebut.
Penyampai veteran dan baharu, pakar, sarjana serta wakil pendengar radio juga dijemput untuk menyertai simposium berkenaan.
Pada 30 Disember 1940, Stesen Radio Xinhua Yan’an memulakan operasi di kampung Wangpiwan di Yan’an, barat laut China, sekali gus menandakan bermulanya perkhidmatan penyiaran negara.













Tinggalkan Balasan