China sekali lagi menggesa Amerika Syarikat (AS) segera menghentikan sekatan ekonomi dan tekanan terhadap Cuba.
Demikian tegas Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mengenai keperluan menamatkan sekatan ekonomi, komersial dan kewangan AS terhadap Cuba pada Selasa.
Menurut Fu, sekatan ekonomi dan sekatan unilateral yang dikenakan AS terhadap Cuba telah berlarutan selama lebih 60 tahun.
Ujarnya, UNGA telah membincangkan isu berkenaan sebanyak 34 kali secara berturut-turut, namun sehingga kini tiada sebarang resolusi berkaitan dilaksanakan.












Tinggalkan Balasan