Jenazah Tun Abdullah Dibawa Ke Masjid Negara Untuk Dikebumikan

KUALA LUMPUR, 15 April — Jenazah Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, dibawa ke Masjid Negara pada 8.15 pagi ini untuk dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan di sini.

Van yang membawa jenazah bekas perdana menteri itu tiba di perkarangan Masjid Negara dari kediaman Allahyarham di Bait Badawi di Persiaran Tuanku Jaafar di sini.

Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah boleh berbuat demikian di Dewan Solat Utama Masjid Negara, dari 11 pagi hingga 1 tengah hari ini.

Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Makam Pahlawan untuk dikebumikan selepas zuhur.

Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun. 

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda