Isteri Presiden China Xi Jinping, Profesor Peng Liyuan menganjurkan resepsi minum teh untuk wanita pertama Korea Selatan, Kim Hea Kyung di Beijing pada petang Isnin.
Peng menyambut kehadiran Kim Hea Kyung yang datang untuk menemani Presiden Lee Jae-myung dalam lawatan rasmi pertama ke China pada permulaan tahun baharu.
“Rakyat kedua-dua negara diharap dapat mengekelkan komunikasi bagi meningkatkan persefahaman antara satu sama lain,” kata Peng.
Pada majlis itu, Peng menyatakan penghargaan terhadap usaha Kim Hea Kyung dalam bidang kebajikan sosial dan perlindungan hak dan kepentingan wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu Kim Hea Kyung juga merakamkan penghargaan atas sumbangan berterusan Peng terhadap pembangunan wanita dan kanak-kanak sejak sekian lama.
Katanya, beliau komited untuk terus menyumbang kepada usaha memperkukuh pertukaran dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.













Tinggalkan Balasan