Industri Pos China Kendalikan 216.5 Bilion Bungkusan pada 2025

Industri pos di China mengendalikan 216.5 bilion bungkusan sepanjang tahun 2025, meningkat 11.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Maklumat tersebut diperoleh pada Persidangan Kerja Pos Kebangsaan 2026 anjuran Biro Pos Negara (SPB) yang berlangsung pada Rabu.

Daripada jumlah itu, penghantaran ekspres mencatat 199 bilion bungkusan, menokok 13.7 peratus berbanding tahun 2024.

Ketua Pengarah SPB Zhao Chongjiu dalam persidangan tersebut berkata, dari segi pendapatan, industri pos China menjana hasil sebanyak RMB1.8 trilion (RM1.04 trilion) pada tahun 2025, meningkat 6.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, perkhidmatan penghantaran ekspres menyumbang  RMB1.5 trilion (RM870 bilion), meningkat 6.5 peratus.