Canton Fair ke-139 Berlangsung untuk Fasa Ketiga

Pameran Import dan Eksport China atau dikenali sebagai Canton Fair berlangsung untuk fasa ketiga di bandar Guangzhou, provinsi Guangdong pada Jumaat.

Pameran yang bertemakan “Kehidupan yang Bahagia” untuk edisi ke-139 ini menawarkan 25,000 gerai di kawasan pameran seluas 515,000 meter persegi, dan menghimpunkan sebanyak 12,000 syarikat pempamer yang masing-masing menampilkan produk terkini dalam bidang perubatan pintar, tekstil berfungsi dan bahan mesra alam.

Antaranya, lebih 3,000 syarikat pempamer merupakan yang berprestij malah dominan dalam bidang teknologi tinggi, industri khas atau perkilangan di peringkat kebangsaan China.