Laluan Penerbangan Guangzhou–Urumqi–Frankfurt Beroperasi

Sebagai laluan penerbangan penumpang antarabangsa pertama di China yang menghubungkan Jerman dengan transit di kawasan bahagian barat laut, Laluan Penerbangan Guangzhou–Urumqi–Frankfurt beroperasi secara rasmi bermula 1 Jun, sekali gus membuka dimensi baharu untuk Wilayah Autonomi Xinjiang meningkatkan tahap keterbukaan ke arah barat.

Menurut maklumat berkenaan, perkhidmatan penerbangan yang bernombor CZ6041/CZ6042 untuk lalluan ini tersedia setiap hari Isnin dan Jumaat, dengan menggunakan pesawat penumpang badan lebar Boeing 787-9 yang dilengkapi hampir 600 tempat duduk untuk perjalanan pergi dan balik.