Aktiviti Liputan Bersama “China Walk – Vibrant Hainan” 2026 anjuran Pusat Asia-Afrika Kumpulan Media China dirasmikan di Sanya, provinsi Hainan pada Isnin.
Bertemakan “Pemerkasaan Luar Bandar di Pelabuhan Perdagangan Bebas”, program berkenaan menghimpunkan wartawan daripada 11 organisasi media di lapan negara ASEAN, iaitu Malaysia, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam.
“China Walk – Vibrant Hainan” 2026 turut menonjolkan usaha memperkukuh pembangunan luar bandar seiring dengan pembangunan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.
Ini termasuk mengetengahkan pencapaian pembangunan terbuka Hainan dalam memperluas keterbukaan ekonomi bertaraf tinggi, selain memperkenalkan kerjasama saling menguntungkan antara China dengan negara-negara ASEAN.












Tinggalkan Balasan