Berkhimat untuk Rakyat, Hati Nurahi Ahli Parti 

Pada September 2021, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping melakukan tinjauan di bandar Yulin, provinsi Shaanxi.

Sempena tinjauan itu, beliau sempat melawat ke tapak lama pejabat jawatankuasa Parti di Suide. 

Di dewan pameran, tertera satu ayat yang menarik perhatian para pengunjung iaitu “Duduklah tegak di sisi rakyat.” 

Perkataan “tegak” ialah dialek tempatan Guanzhong, yang bermaksud tegap dan tidak goyang.

Melihat ayat yang diungkapkan oleh bapanya Xi Zhongxun, Xi Jinping berasa amat terharu dan tersentuh hati. 

Rakyat adalah negara, dan negara adalah rakyat. Mempertahankan negara, yang paling utama adalah menjaga kepercayaan dan sokongan rakyat.

Bapa pernah memesan Xi Jinping bahawa “tidak kira betapa tinggi jawatan yang kamu akan pegang, jangan sekali-kali lupa untuk berkhidmat kepada rakyat dengan tekun dan ikhlas, benar-benar mengambil berat tentang keperluan rakyat. Hendaklah sentiasa mengikat hubungan dengan rakyat dan bersikap rendah diri serta mesra dengan mereka.”

Inilah cinta yang mendalam dari seorang bapa, yang juga warisan dan hari nurani seorang ahli PKC.