China memandang serius terhadap tindakan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang dilaporkan melarang penggunaan peralatan keluaran syarikat China.
Perkara berkenaan dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong dalam sidang media pada Khamis.
Ujarnya, China telah mengambil maklum isu berkenaan dan menyampaikan kebimbangan tersebut kepada kerajaan negara-negara berkaitan.
Menurut He, China secara konsisten berpendapat bahawa teknologi 5G merupakan infrastruktur penting dalam pembangunan ekonomi digital global, dengan pembinaan serta pengoperasiannya perlu berlandaskan undang-undang pasaran, berkecuali dari segi teknologi dan peraturan antarabangsa.
Beliau juga berkata China membantah sekeras-kerasnya tindakan yang mempolitikkan isu teknologi serta melakukan tafsiran keselamatan secara berlebihan.
Sehubungan itu, He berkata China menggesa negara-negara berkaitan segera membetulkan tindakan yang salah itu dan menyediakan persekitaran perniagaan yang adil, saksama dan tidak melakukan diskriminasi terhadap syarikat China.










Tinggalkan Balasan