Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Luar Prak Sokhonn dan Timbalan Perdana Menteri Sun Chanthol di Beijing pada Jumaat.
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dalam pertemuan itu berkata, kedua-dua pihak hendaklah menyelaraskan keperluan pembangunan dan keselamatan, memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk politik dan ekonomi serta membuka prospek baharu untuk pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.
China juga bersedia memperkasa koordinasi strategik dengan Kemboja dalam urusan antarabangsa dan serantau sambil bersinergi memelihara kepentingan bersama Selatan Global, ujar beliau.
Sokhonn berkata Kemboja sedia berusaha bersama China bagi merapatkan pertukaran peringkat tinggi, memperdalam kesalingpercayaan strategik, menggalakkan perpaduan dan kerjasama, di samping bersama-sama memelihara multilateralisme dan norma asas hubungan antarabangsa.
Chanthol pula menzahirkan kesediaan Kemboja untuk meningkatkan penyelarasan rancangan pembangunan dengan China, selain mempergiat kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembinaan infrastruktur.













Tinggalkan Balasan