Peraturan mengenai pelaburan ke luar negara dikuatkuasakan di China pada 1 Julai 2026.
Sebagai akta pentadbiran pertama dalam bidang pelaburan ke luar negara, peratuan tersebut bukan sahaja menjamin keselamatan serta hak dan kepentingan sah para pelabur, tetapi juga menyediakan jaminan perundangan kepada syarikat China untuk menyertai kerjasama dan persaingan di peringkat antarabangsa, selain secara berkesan menjamin keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.
Pada masa ini, China telah menubuhkan lebih 50,000 syarikat di lebih 190 negara dan wilayah di seluruh dunia. Sementara itu, jumlah pelaburan China di luar negara mempertahankan kedudukan dalam tiga tangga teratas di dunia selama sembilan tahun berturut-turut.
Penyelidik dari Institut Perdagangan Antarabangsa dan Kerjasama Ekonomi Kementerian Perdagangan China, Zhou Mi mengatakan bahawa terdapat peraturan tentang perdagangan antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), namun tiada peraturan mengenai kegiatan pelaburan yang diterima pakai di peringkat antarabangsa.
“Ada syarikat menghadapi pelbagai masalah seperti prinsip bukan diskriminasi. Layanan sama patut diberikan kepada syarikat tempatan dan asing, dan China sudah berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, menurut Zhou, sesetengah negara masih memberikan layanan bersifat diskriminasi kepada syarikat China, seperti prosedur semakan yang lebih ketat dan ia banyak menghalang pelaburan syarikat China di negara-negara terlibat.
“Peraturan yang baru dikuatkuasakan di China tersebut menyenaraikan dengan jelas langkah-langkah yang boleh diambil China. Apabila berdepan masalah, kerajaan akan membantu syarikat untuk mendapatkan keadilan,” kata Zhou lagi.
Beliau menambah bahawa peraturan tersebut juga memberikan jaminan kepada syarikat domestik untuk terus akses ke rantaian bekalan dalam negeri apabila melabur di luar negara, dan ini dianggap faktor penting bagi kejayaan pelaburan syarikat berkenaan.













Tinggalkan Balasan