CMG Lancar Dialog Global “China in Springtime” di Havana

Dialog global bertemakan “China in Springtime: Sharing Opportunities with the World” anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Havana, Cuba pada Rabu.

Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba merangkap Menteri di Jabatan Perkhidmatan Pusat, Yudi Rodriguez menghadiri dialog tersebut. 

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata pada “dua sesi” tahun ini, Presiden China Xi Jinping telah menekankan komitmen China untuk meningkatkan keterbukaan institusi secara berterusan dan memperluaskan ruang kerjasama antarabangsa.

“Menurut tinjauan global yang dijalankan oleh CGTN, lebih daripada 90 peratus responden memuji kekuatan ekonomi dan teknologi China yang kukuh, dan menjangkakan pasaran besar China akan membawa peluang besar kepada dunia,” ujar beliau.

Shen berkata, “keyakinan China” telah menyuntik lebih banyak kestabilan dan kepastian ke dalam pembangunan dunia.

“CMG bersedia untuk berkongsi peluang inovasi teknologi baharu China dengan rakan-rakan di seluruh dunia, serta peluang pertukaran budaya dan saling belajar antara China dan negara asing.

“CMG bersedia menyumbang kepada kemakmuran bersama dunia dan pembinaan komuniti berkongsi nasik sesama insan untuk masa depan umat manusia yang lebih indah,” kata Shen.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda