Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong menzahirkan ucapan tahniah kepada Kirsty Coventry yang dilantik sebagai Presiden baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), pada Khamis.
Shen, mewakili 50,000 kakitangan CMG, dalam perutusannya berkata bahawa hubungan persahabatan telah lama terjalin antara CMG dengan IOC atas galakan Presiden Thomas Bach.
Kedua-dua pihak juga telah melaksanakan banyak program kerjasama yang amat berkesan manakala hubungan perkongsian kedua-dua pihak menjadi semakin kukuh.
Shen berkata pada masa ini CMG sedang giat membuat persiapan bagi penyiaran serta pengeluaran isyarat awam untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan-Cortina d’Ampezzo.
Sehubungan itu CMG berharap dapat melonjakkan kerjasama dengan IOC ke tahap baharu semasa penggal perkhidmatan Coventry.
Tinggalkan Balasan