CMG, PBB Meterai MoU Perkukuh Kerjasama

Memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama antara Kumpulan Media China (CMG) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkuat kuasa secara rasmi pada 12 November waktu Timur Amerika Syarikat.

MoU itu ditandatangani Presiden CMG Shen Haixiong dan Timbalan Setiausaha Agung PBB bagi Komunikasi Global, Melissa Fleming masing-masing di Beijing dan di New York, sekali gus menandakan kemajuan signifikan dalam kerjasama berinstitusi antara media arus perdana China dengan PBB.

Menurut memorandum berkenaan, CMG dan PBB akan melaksanakan kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang, dengan memberi tumpuan kepada komunikasi antarabangsa, pertukaran lawatan peringkat tinggi, penyiaran maklumat awam, peluasan sumber media di peringkat global dan lain-lain.

MoU itu merupakan dokumen kerjasama strategik komprehensif pertama yang ditandatangani antara kedua-dua pihak.