Daya Inovasi China Pikat Pelabur Asing

China kekal sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelabur asing pada tahun 2025.

Ini dibuktikan menerusi temu bual terhadap hampir 100 pegawai dari syarikat multinasional oleh Kumpulan Media China (CMG).

Rata-rata mereka menyatakan bahawa China mempunyai daya tarikan dalam bidang inovasi justeru menjadi pilihan pelabur asing untuk mengembangkan urus niaga di negara ini.