Naib Presiden China, Han Zheng telah membaca surat tahniah daripada Presiden Xi Jinping, ketika menghadiri majlis pelancaran siri aktiviti memperingati ulang tahun ke-55 ‘Diplomasi Ping Pong’ China-Amerika Syarikat (AS) serta Majlis Perasmian Siri Aktiviti Pertukaran Sukan Belia Chin-AS di Beijing pada Jumaat.
Han Zheng menekankan bahawa pada 55 tahun yang lalu, konfrontasi bermusuhan yang disifatkan umpama ais beku, terpecah susulan usaha diplomatik berunsurkan ping pong yang dicetuskan.
“pada masa sekarang ini, kami perlu meningkatkan tahap keikhlasan dan bertindak lebih pantas menjadikan semangat ‘Diplomasi Ping Pong’ bersinar kembali pada era baharu.
“Diharapkan pemuda-pemudi AS yang terlibat dalam aktiviti pertukaran sukan ini, datang ke China dengan tujuan meneroka, dan balik rumah dengan pemahaman yang objektif tentang China serta persahabatan berharga dengan rakan-rakan China,” ujar Han.
“Marilah kita menjadikan bola sebagai pengantara, meneruskan legasi dan bersama-sama membuka lembaran baharu dalam hubungan persahabatan China-AS” tambah beliau.













Tinggalkan Balasan