HQF 2026 Keluarkan ‘Laporan mengenai Pembangunan Keupayaan Pengeksportan ke China’

‘Laporan mengenai Pembangunan Keupayaan Pengeksportan ke China’ buat julung kalinya disiarkan melalui platform Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao (HQF) edisi ke-9 di Shanghai pada Khamis.

Penerangan menyeluruh tentang prospek peluang-peluang ditawarkan pasaran China dari segi struktur pengimportan, rakan dagang, permintaan pasaran, sistem dan dasar berkenaan merupakan kandungan utama dalam Laporan.

Dengan meneliti keserasian struktur dan produk eksport dari beberapa rakan dagang dengan pasaran China, laporan itu memberi cadangan konstruktif dalam usaha membina keupayaan untuk mengeksport barang-barang ke China, malah membantu mencungkil potensi pengeksportan mereka.

Untuk memperkayakan penawaran produk awam antarabangsa HQF, laporan itu juga proaktif membantu pelbagai negara terutama negara-negara Selatan Global meningkatkan keupayaan dalam sektor pengeksportan barang-barang ke negara China.

Menurut data statistik laporan itu, dalam tempoh tahun 2020 hingga 2025, China mengekalkan peningkatan pengimportan produk-produk dari seluruh dunia.

Menjelang 2025, negara-negara terlibat dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menyumbang sebanyak kira-kira 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pengimportan China.

Laporan itu menunjukkan bahawa pengimportan China cenderung beralih dari barangan perindustrian sebagai dominan pada masa dahlu, kepada campuran yang seimbang melibatkan barangan perindustrian, sumber tenaga dan produk pertanian pada masa ini, sedangkan pengimportan barangan premium dan barangan mentah juga meningkat secara serentak.

China sebagai satu negara gergasi mempunyai pasaran yang meluas, yang bukan sekadar boleh menawarkan permintaan kepada sektor perindustrian pembuatan canggih, malah juga boleh mencipta peluang untuk produk berasaskan sumber dan produk pertanian eksotik.

Negara mana-mana pun boleh menemui ruang pembangunan sendiri dalam pasaran itu berdasarkan kelebihan milik masing-masing.

Selain itu, HQF edisi tahun ini juga menerbitkan ‘Laporan Keterbukaan Dunia 2026’ untuk enam tahun berturut-turut.