Kapal persiaran buatan China, Adora Flora City menerima penempatan anak kapal kumpulan pertama seramai 600 orang pada Khamis, menandakan kapal persiaran berkenaan masuk fasa persiapan akhir untuk operasi komersial.
Adora Flora City ialah kapal persiaran bersaiz besar kedua yang dibangunkan China. Ia dijadual akan diserah pada 6 November, dan memulakan pelayaran komersial sulungnya pada 22 November nanti.
Menurut pihak pengendali, Adora Flora City akan ditempatkan kira-kira 1,300 anak kapal. Kumpulan pertama anak kapal seramai 600 orang berasal dari lebih 20 negara dan mereka mempunyai banyak pengalaman berkhidmat di kapal persiaran antarabangsa.
Semua anak kapal akan mengikuti latihan khas merangkumi piawaian perkhidmatan, peraturan maritim, pengetahuan keselamatan dan produk kapal baharu demi menawarkan perkhidmatan bermutu serta pengalaman yang selesa dan memuaskan kepada para penumpang.












Tinggalkan Balasan