Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Asia Tengah dan Asia Barat baru-baru ini mempunyai makna yang signifikan dalam mencapai konsensus kerjasama dan memperbaiki tadbir urus global.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi berhubung kehadiran Xi dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2026 dan lawatan negara ke Kyrgyzstan dan Mesir dari 30 Ogos hingga 3 September.
Beliau berkata, lawatan yang menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini dianggap sebagai respon kepada harapan dunia untuk kedamaian, kestabilan dan pembangunan dalam mendepani dunia yang tidak menentu.
Wang Yi berkata, sempena ulang tahun ke-105 Parti Komunis China (PKC) dan tahun permulaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 China, lawatan Xi memacu kemakmuran negara-negara serantau melalui pembangunan berkualiti tinggi China, serta menjaga keamanan dunia melalui konsensus untuk memperbaiki tadbir urus global.
Ia sekaligus memperlihatkan hasrat PKC demi kebahagiaan rakyat dan kebangkitan bangsa China, malah untuk kemajuan umat manusia dan keharmonian dunia.













Tinggalkan Balasan