SEPANG, 2 Sept — Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macao Sam Hou Fai tiba di Malaysia untuk lawatan kerja empat hari bermula hari ini hingga 5 Sept.
Pesawat komersial yang membawa Sam dan delegasinya mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 7.15 malam.
Kunjungan itu ialah lawatan kerja pertama Sam ke Malaysia sejak beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif SAR Macao keempat pada 2024.
Ketibaan Sam, isterinya Wong Sio Peng serta Setiausaha Ekonomi dan Kewangan Lei Wai Nong disambut mesra oleh Ketua Protokol Kerajaan Malaysia Datuk Rozainor Ramli.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Sam dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua pihak dijangka bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala Malaysia-SAR Macao dalam konteks kerangka “One Country, Two Systems”, menilai perkembangan semasa kerjasama dua hala dan membincangkan hala tuju masa depan, khususnya dalam bidang perdagangan dan ekonomi, pelancongan dan budaya serta pertukaran rakyat.
Pada 2025, jumlah perdagangan antara Malaysia dan SAR Macao ialah RM367.7 juta (USD85.8 juta), meningkat sebanyak 73.6 peratus berbanding tahun 2024.













Tinggalkan Balasan