KUALA LUMPUR, 25 Okt — Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan global semasa terutama situasi yang sedang berlaku di rantau Asia Barat, menurut Kementerian Luar pada Ahad.
Menurut kementerian menerusi X, perbincangan itu berlaku semasa perbualan telefon antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Timbalan Perdana Menteri UAE Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan yang juga Menteri Luar.
Situasi berterusan di Asia Barat kekal menjadi tumpuan utama masyarakat antarabangsa, menurut hantaran itu.
“Selain itu, Menteri Luar turut menyampaikan ucapan tahniah kepada UAE atas pencalonan Puan Lana Nusseibeh sebagai calon untuk jawatan Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tambah kementerian itu.
Anadolu Ajansi baru-baru ini melaporkan Nusseibeh, Menteri Negara UAE dan Duta ke PBB dan Kesatuan Eropah, mengumumkan pencalonannya untuk jawatan setiausaha agung PBB selepas pencalonannya secara rasmi oleh UAE.
Setiausaha Agung PBB semasa, Antonio Guterres, akan menamatkan penggal keduanya pada 31 Dis.










Tinggalkan Balasan