Mesyuarat Menteri Luar LMC ke-11 Berlangsung di Beijing

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-11 berlangsung di Beijing pada Rabu.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China Wang Yi dan Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Luar Sihasak Phuangketkeow.

Wang berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 sidang kemuncak pertama LMC.  

Ujarnya, LMC telah berkembang menjadi ‘model emas’ kerjasama rantau yang paling dinamik dan berpotensi. 

Wang turut mengemukakan lima cadangan untuk memantapkan lagi mekanisme kerjasama berkenaan iaitu membina perpaduan yang lebih kukuh, memperkasa keterbukaan demi manfaat bersama, memupuk pemacu baharu inovasi hijau, mempergiat kerjasama keselamatan serta memperkukuh tadbir urus bencana.

Pihak-pihak yang hadir menyatakan kesediaan untuk menggalakkan penyelarasan LMC dengan mekanisme serantau lain, di samping bersama-sama mempertahankan prinsip multilateralisme, menangani cabaran global dan membina komuniti berkongsi nasib dalam kalangan negara-negara Lancang-Mekong.

Wang dan Sihasak mengadakan sidang media bersama selepas mesyuarat tersebut.

Menurut Wang, menteri luar enam negara bersetuju bahawa keluarga besar Lancang-Mekong perlu memanfaatkan peluang daripada penganjuran sidang kemuncak kelima LMC untuk terus membawa kerjasama berkenaan ke tahap baharu.