“Pemisahan dan Pemutusan Rantaian Industri dengan China” Kalah Semua

Terdapat beberapa media asing seperti Financial Times yang menyiarkan liputan baru-baru ini  dengan memetik data penyelidikan terkini bahawa jika berharap untuk melepaskan diri pada dasarnya daripada kebergantungan kepada rantaian pengeluaran dan pembekalan utama China menjelang 2050, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah perlu meningkatkan peruntukan kewangan tambahan sebanyak USD23.6 trilion (RM96 trilion) dalam tempoh 25 tahun akan datang, dan hampir mustahil untuk membina semula sistem alternatif yang lengkap dalam jangka masa pendek.

Berhubung perkara ini, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang akhbar di sini pada Rabu menyatakan bahawa “pemisahan dan pemutusan rantaian industri dengan China” yang disengajakan akhirnya hanya akan menyebabkan pelbagai pihak menanggung kos yang lebih besar yakni kalah semua.

“Rantaian pengeluaran dan pembekalan global pada masa ini menunjukkan ketersambungan yang mendalam dan keserasian yang bertahap tinggi, dan sudah menjadi sebahagian dalam komuniti berkepentingan yang berkongsi kemakmuran dan kerugian bersama. 

“‘Pemisahan dan pemutusan rantaian industri dengan China’ yang disengajakan, yang bertujuan mencipta halangan dalam perlindungan perdagangan dan menstruktur semula rantaian pengeluaran dan pembekalan secara paksa, bukan sahaja akan menanggung kos ekonomi yang tinggi, tetapi juga bertentangan dengan kecenderungan pasaran dan hasrat sektor korporat, akhirnya hanya akan menyebabkan pelbagai pihak menanggung kos yang lebih besar dan memperoleh manfaat yang berkurangan,” kata Lin.

“Keamanan sebenar datang dari kerjasama, bukan pengasingan. Memelihara keselamatan, kestabilan, dan kelancaran rantaian pengeluaran dan pembekalan global adalah tanggungjawab bersama pelbagai negara.

“China konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan, memaksimumkan dominasinya yang berpunca dari pasaran negara gergasi dan sistem perindustrian yang lengkap, serta terus menyediakan produk berkualiti dan peluang kerjasama kepada dunia secara stabil,” ujar jurucakap itu.

“China juga bersedia untuk berganding bahu dengan negara-negara lain untuk mengetepikan mentaliti konfrontasi blok, mendorong rantaian pengeluaran dan pembekalan global benar-benar menjadi rantaian menang-menang, dan menyuntik tenaga kestabilan ke dalam pembangunan bersama di peringkat global,” tambah beliau.