Perbincangan PM China-Thailand: Cungkil Potensi Kerjasama Pelbagai Bidang Tingkatkan Kerjasama Penguatkuasaan 

Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri sesi perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul di Bangkok pada Jummat.   

Li Qiang menyatakan bahawa China tegas menyokong usaha kerajaan Thailand dalam memastikan kelancaran dalam pemerintahan di negaranya, bersedia bekerjasama dengan Thailand untuk memperkukuh rasa percaya antara negara, saling menyokong pihak lain dalam menjaga kepentingan teras dan keprihatinan utama, mencungkil potensi kerjasama dalam pelbagai bidang dengan memanfaatkan pelbagai mekanisme seperti dialog strategik Menteri Luar dan Menteri Pertahanan “2+2”, dan Jawatankuasa Bersama Perdagangan dan Ekonomi, serta berusaha membuahkan lebih banyak hasil yang ketara demi peningkatan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.   

“China bersedia mengukuhkan penyelarasan strategik dengan Thailand dalam pembangunan semasa, mewujudkan pembinaan berkualiti tinggi  di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperincikan pelaksanaan pelbagai projek mega seperti Kereta Api China-Thailand, mempercepat rundingan untuk rancangan kerjasama ekonomi dan perdagangan lima tahun yang baharu, berusaha mewujudkan produk tanda geografi masing-masing diiktiraf dan dijamin antara satu sama lain lebih awal, serta mengembangkan kerjasama dalam kewangan, tenaga boleh baharu, semikonduktor dan kecerdasan buatan, demi situasi sama menang yang lebih mengujakan,” ujar Li. 

Sementara itu, Anutin menyatakan bahawa pihaknya bersedia terus mengukuhkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan, membanteras jenayah seperti penipuan dan perjudian dalam talian, meningkatkan keterjaminan keselamatan untuk kelompok pelancong China, mendalami kerjasama pertukaran budaya, dan memperkuat asas persahabatan rakyat.