Presiden China, Vietnam Saling Bertukar Ucapan Perpisahan

China dan Vietnam perlu menjadi komunti berkongsi nasib dalam perjuangan sosialisme serta usaha merealisasikan modenisasi.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika saling bertukar ucapan perpisahan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV) yang juga Presiden Vietnam, To Lam di Beijing pada Rabu.

Xi berkata kedua-dua negara juga perlu menjadi rakan dalam mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan tatkala dunia sedang mengalami perubahan yang tidak pernah berlaku dalam seabad lalu.

Sementara itu, To Lam menyifatkan hubungan Vietnam-China kini berada dalam tempoh terbaik dalam sejarah. 

Beliau berkata lawatannya kali ini amat berjaya, menyaksikan siri konsensus penting dicapai dan banyak perjanjian kerjasama dimeterai.

Vietnam bersedia bersinergi dengan China untuk menterjemahkan konsensus berkenaan menjadi momentum baharu kerjasama dua hala, sekali gus memacu pembangunan kedua-dua negara.

Majlis perpisahan turut dihadiri Peng Liyuan, isteri kepada Presiden Xi dan Ngo Phuong Ly, isteri kepada Presiden To Lam.