Presiden Finland Alexander Stubb menerima kunjungan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan juga Menteri Luar Wang Yi di Turku, pada Ahad waktu tempatan.
Wang berkata lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Finland pada tahun 2017 sempena ulang tahun ke-100 kemerdekaan negara itu, untuk menyampaikan ucapan tahniah dan persahabatan ikhlas rakyat China kepada rakyat Finland.
Beliau berkata, China akan terus memainkan peranan sebagai kuasa penting dalam mempromosikan keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia.
Menurut Wang, China bersedia bekerjasama dengan Finland berlandaskan hubungan perkongsian baharu yang berpandangan jauh ke hadapan, berpandukan hala tuju strategik yang dipersetujui pemimpin kedua-dua negara, selain memperkukuh penyelarasan, berkongsi peluang pembangunan dan bersama-sama menghadapi cabaran global.
Sementara itu, Stubb meminta Wang menyampaikan salam dan ucapan selamat kepada rakan sejawatnya, Xi Jinping.
Beliau berkata, lawatannya ke China lebih setahun lalu serta pertemuannya dengan Xi meninggalkan kesan yang amat mendalam.
Katanya China telah menyumbang kepada kestabilan dunia.
Malah empat inisiatif global yang dikemukakan Presiden Xi mempunyai kepentingan besar kepada masyarakat antarabangsa.
Finland berharap dapat meningkatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi hijau dan kecerdasan buatan (AI), di samping memperkukuh kerjasama pelbagai hala bagi bersama-sama menangani cabaran global, ujar Stubb lagi.













Tinggalkan Balasan