Trump Sifatkan Perbualan Dengan PM Baharu Britain ‘Sangat Baik’

WASHINGTON, 21 Julai — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Isnin bahawa beliau mengadakan “perbualan yang sangat baik” dengan Perdana Menteri baharu Britain Andy Burnham, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami membincangkan pelbagai perkara, termasuk hubungan cemerlang yang terjalin antara kami dengan United Kingdom (UK). 

“Kami akan bertemu dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama,” kata Trump menerusi platform Truth Social.

Beliau berkata perbualan itu turut menyentuh mengenai minyak Laut Utara, perdagangan, pakatan ketenteraan, usaha membersihkan periuk api di Selat Hormuz serta pelbagai perkara lain.

“Perbualan itu menarik dan berlangsung dengan sangat baik,” kata beliau sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada Burnham.