UNESCO semalam mengumumkan bahawa Beijing secara rasmi diiktiraf sebagai “Ibu Kota Seni Bina Dunia” UNESCO–Kesatuan Arkitek Antarabangsa (UIA) untuk tahun 2029.
Jawatankuasa UNESCO menilai bahawa Beijing berjaya menggabungkan salah satu warisan seni bina terkaya di dunia dengan konsep pembangunan bandar mampan yang berpandangan ke hadapan. Pemeliharaan kawasan bersejarah, pembaharuan wajah bandar dan budaya seni bina di Beijing jelas menunjukkan sinergi antara warisan budaya, inovasi dan pembangunan komuniti.
Mengikut perancangan, Beijing akan menganjurkan pelbagai pameran, persidangan, program pendidikan dan aktiviti awam dengan mengangkat tema”Kembali Kepada Keseimbangan” (Back To Balance) sepanjang tahun 2029, dan pada masa yang sama menjadi tuan rumah Kongres Seni Bina Dunia UIA yang menumpu pada pertukaran antarabangsa mengenai topik-topik seperti bagaimana seni bina dapat mendorong pemeliharaan warisan budaya, keharmonian antara manusia dan alam semula jadi, serta pembangunan bandar yang mampan.
Pemilihan “Ibu Kota Seni Bina Dunia” ini diinisiatifkan bersama oleh UNESCO dan UIA pada tahun 2019 dengan tiga tahun sekali. Sebelum ini, bandar-bandar yang terpilih menyandang gelaran itu termasuk Rio de Janeiro (2020), Copenhagen (2023) dan Barcelona (2026).













Tinggalkan Balasan