Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat China, Xi Jinping telah menghadiri majlis kenaikan pangkat jeneral yang diadakan suruhanjaya terbabit di Beijing pada Jumaat.
Naib Pengerusi suruhanjaya, Zhang Shengmin mempengerusikan majlis itu dan membacakan perintah naik pangkat yang ditandatangani oleh Xi.
Seterusnya, Xi Jinping menganugerahkan watikah pelantikan jeneral kepada Setiausaha Jawatankuasa Pemeriksaan Disiplin merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengawasan Suruhanjaya Tentera Pusat, Zhang Shuguang, serta Panglima Tentera Udara, Wang Gang, dan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.













Tinggalkan Balasan