“Xinjiang Vibes”, kunjungan pempengaruh global ke Xinjiang, anjuran bersama Jabatan Penerangan Kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan Pusat Program Bahasa-bahasa Asia dan Afrika Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di Ili pada Isnin.
Lebih 70 orang termasuk wakil dari kerajaan wilayah Xinjiang, Pusat Program Bahasa-bahasa Asia dan Afrika CMG dan kerajaan tempatan, dan pempengaruh terkenal dari Malaysia, Vietnam, Thailand, Rusia, Britain dan sebagainya menyertai upacara pelancaran aktiviti kali ini.
Pempengaruh dari 14 negara asing akan bersama-sama hos-hos CMG bertolak dari Ili untuk meneroka keindahan alam semula jadi, budaya dan masyarakat Xinjiang serta kedinamikan pembangunan wilayah autonomi itu.













Tinggalkan Balasan