KUALA LUMPUR, 23 April — Peranan Malaysia di pentas antarabangsa terus mendapat pengiktirafan apabila Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Muslim Antarabangsa Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti menyifatkan negara ini berperanan menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan.
Perkara itu dizahirkan Syeikh Muhammad Al-Hasan ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasinya di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
“Banyak perkara yang telah kami bicarakan dalam pertemuan ini antaranya krisis peperangan dan penindasan, pencabulan kepada hak asasi dan kedaulatan bagi setiap negara.
“Syeikh Muhammad Al-Hasan turut berpesan Malaysia kini bukan sahaja menjaga rakyatnya, bahkan telah menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
Pertemuan itu merupakan rangka program Syeikh Muhammad Al-Hasan di Malaysia kali ini.
















Tinggalkan Balasan