KUALA LUMPUR, 23 Nov — Malaysia menyokong usaha berterusan dan peranan penting Pakistan sebagai pengantara dalam rundingan damai membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia turut percaya bahawa diplomasi serta dialog merupakan jalan terbaik ke arah penyelesaian secara aman.
“Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan penting Pakistan sebagai pengantara dalam rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran,” menurutnya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Mohamed Khaled memaklumkan sokongan dan penghargaan kepada Pakistan itu dizahirkan ketika menerima kunjungan hormat Ketua Angkatan Pertahanan Pakistan Field Marshal Syed Asim Munir Ahmed Shah di Wisma Pertahanan, pagi ini.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai situasi keselamatan serantau serta isu berkepentingan bersama.
“Terima kasih atas kunjungan ini. Semoga hubungan persahabatan dan kerjasama pertahanan Malaysia-Pakistan terus erat dan diperkukuh,” katanya.












Tinggalkan Balasan