KUALA LUMPUR, 2 Okt — Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi dinamakan sebagai antara bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan, Global Finance, sebagai sebahagian daripada kaji selidik eksklusifnya yang akan diterbitkan dalam keluaran November 2019.

Selain daripada Maybank, DBS Bank dari Singapura, Bank Islam Brunei Darussalam Brunei dan Bank Central Asia Indonesia juga berada dalam senarai bagi rantau Asia.

Bank-bank itu dipilih menerusi penilaian penarafan mata wang asing jangka panjang daripada Moody’s, Standard & Poor’s dan Fitch serta jumlah aset daripada 1,000 bank terbesar di seluruh dunia, kata Global Finance dalam satu kenyataan.

Selain daripada Bank Paling Selamat mengikut Negara, laporan penuh itu juga termasuk 50 Bank Perdagangan Paling Selamat di Dunia, 50 Bank Paling Selamat di Pasaran Sedang Pesat Membangun dan Institusi Kewangan Islam Paling Selamat di Negara-Negara Majlis Kerjasama Teluk.

“Senarai bank paling selamat mengikut negara kami itu memberikan pemahaman tentang institusi kewangan yang jarang mendapat perhatian global tetapi boleh menawarkan rangkaian dan pengetahuan mendalam tempatan,” kata Penerbit dan Pengarah Editorial Global Finance Joseph D. Giarraputo.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here