KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Berikut adalah biodata Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin:
Nama : Tan Sri Mahiaddin Md Yasin @ Muhyiddin Yassin
Isteri : Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 15/05/1947 (72 tahun)
Tempat Lahir: Muar, Johor Darul Tak’zim
Nama Anak : 1. Fakhri Yassin
2. Nabilah
3. Najwa
4. Farhan Yassin
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Maharani di Muar, Johor
Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar, Johor
Sekolah Tinggi Muar, Johor
B.A. (Hons) (Economics & Malay Study) Universiti Malaya (UM)
Politik:
Ahli Parlimen Pagoh selama lima penggal sejak 1978
ADUN Bukit Serampang (1986-1995)
ADUN Gambir (2018 sehingga kini)
Kerjaya:
1970 – Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
1974 – Penolong Pegawai Daerah Muar
1978 – Pertama kali dipilih menjadi wakil rakyat apabila memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum kelima
1981 – Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri
1982 – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
1983 – Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri
1986 – 1995 Menteri Besar Johor ke-13
1993 – 1996 Naib Presiden UMNO
1995 – 1999 Menteri Belia dan Sukan
1999 – 2004 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
2000 – 2007 Naib Presiden UMNO
2004 – 2008 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2008 – 2009 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
2009 – 2015 Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
2015 – Dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (UMNO-BN)
2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO
2016 – Mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik sebagai Presiden
2018 – Pengerusi, Pakatan Harapan Negeri Johor
– Menteri Dalam Negeri (di bawah kerajaan Pakatan Harapan)
2020 – Dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan
Kegiatan Kemasyarakatan:
1986 – 1995 Yang Dipertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
1986 – 1996 Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor
2002 – Pengasas Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf Foundation
— BERNAMA