KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Penang Global Tourism  (PGT) hari  ini melancarkan kempen “Experience Penang 2020” dengan slogan “Kepelbagaian Asia”.

Ketua Pegawai Eksekutif PGT Ooi Chok Yan berkata jerayawara itu bukan hanya untuk menonjolkan kepelbagaian budaya, warisan, kesenian, makanan juga alam semesta Pulau Pinang yang mengagumkan, tetapi untuk mempromosi tarikan baharu kepada orang tempatan dan juga luar.  

“Tarikan baharu terus diperkenalkan di Pulau Pinang. Kenapa? Kerana kami ingin memastikan ada tempat baharu untuk diteroka dalam setiap lawatan dan memenuhi masa mereka. 

Sekarang ialah masa ‘Cuti-Cuti Malaysia dan untuk lebih mengetahui negara kita, terutamanya Pulau Pinang, kata beliau sambil menambah PGT berharap untuk meningkatkan pelancongan tempatan dan melonjakkan ekonomi negara.  

Pulau Pinang memiliki banyak tarikan unik antaranya gelongsor air terpanjang di dunia (Escape Theme Park), santuari serangga dan rama-rama tropika pertama dunia (Taman Rama-Rama Pulau Pinang).

PGT juga akan mengambil bahagian dalam Pameran Kebangsaan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) selama tiga hari bermula dari 1 Mei.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here