KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah, setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). 

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes. 

Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes. 

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,183 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 15 kes.

Sementara itu, Malaysia mencatatkan kedudukan kekal dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, iaitu negara menghuni tangga ke-34 semalam (11 April) dengan 4,530 kes positif dan 73 kematian.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia: 

PerakKES
Hilir Perak66
Kinta    98
  
Selangor 
Sepang61
Petaling335
Hulu Langat378
Gombak125
Klang169
Hulu Selangor45
  
Kuala Lumpur 
Cheras69
Kepong119
Lembah Pantai459
Titiwangsa112
  
Putrajaya51
  
Negeri Sembilan 
Seremban213
Rembau53
  
Melaka 
Jasin67
Melaka Tengah 46
  
Pahang 
Kuantan76
Jerantut64
  
Johor 
Batu Pahat51
Kluang183
Johor Bharu176
  
Kelantan 
Kota Bharu88
  
Sarawak 
Kuching215
Kota Samarahan47
  
Sabah 
Tawau70
  
JUMLAH3,436

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here