BEIJING, 23 April  — China akan melancarkan festival beli-belah dalam talian dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan selepas pertumbuhan ekonomi mencatat penguncupan 6.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama, lapor agensi berita Xinhua.

Festival kali kedua itu, merupakan langkah terbaru untuk memperluas penggunaan domestik dan menangani kesan COVID-19 terhadap ekonomi China, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan. 

Lebih 100 syarikat e-dagang akan mengambil bahagian, menjual pelbagai produk berkualiti termasuk hasil pertanian dan barangan elektronik.

Pengguna dijangka menikmati potongan harga dan perkhidmatan yang lebih baik, menurut kenyataan itu lagi.

Festival berlangsung dari 28 April hingga 10 Mei.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here