KUALA LUMPUR, 3 Mei — Orang ramai boleh mendapatkan borang rentas negeri menerusi laman Facebook dan Twitter Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula hari ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed. 

Beliau berkata orang ramai perlu mencetak dan mengisi borang berkenaan sebelum dibawa ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan kelulusan.

“Ia bagaimanapun hanya tertakluk kepada orang awam yang berada di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai kemudahan aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon membuat pergerakan.

“Permohonan manual ini boleh dibuat bermula hari ini namun orang ramai selepas itu perlu membuat janji temu dengan balai berdekatan bagi urusan penghantaran borang bagi mengelakkan kesesakan,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata kelulusan akan diberikan pada hari sama selepas borang berkenaan diserahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here