KUALA LUMPUR , 23 Jun (Bernama) —  Kes COVID-19 hari ini mencatatkan satu angka dengan tiga kes baharu yang hanya melibatkan penularan tempatan.

Kes baharu itu mencatatkan angka antara paling rendah selepas hanya dua kes baharu pada 10 Jun lepas selain tiada kematian dicatatkan, menjadikan jumlah maut akibat wabak itu kekal 121 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,590 kes. 

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 283 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Semua kes baharu yang dilaporkan hanya kes penularan di dalam negara, iaitu dua kes bukan warganegara dan satu kes warganegara manakala tiada kes import dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here